Iban Merotai Sekarang Iban_Merotai

Dianggarkan sekarang, jumlah penduduk kaum Iban di daerah Merotai sahaja lebih kurang 4,000 (bancian 2010). Sekarang ini juga kaum Iban Merotai mula tersebar luas di daerah Kalabakan, Balung dan Kunak. Kebanyakan kaum Iban Merotai menguasai sektor perladangan kelapa sawit dan koko di Tawau.

Sekarang, kebanyakan dari mereka mempunyai darah perkahwinan campuran dengan Dusun Idahan, Dusun Dumpas, Cina, Murut dan Tidong, ini kerana asal-usul kaum Iban Merotai sendiri adalah hasil campuran lelaki kaum Iban dengan perempuan kaum tempatan di timur Sabah, namun mereka masih lagi kuat berpegang kepada adat resam Iban seperti di Sarawak serta masih lagi mengamalkan kebudayaan tradisional Iban [3]. Walaupun mempunyai darah campuran perkahwinan, kaum Iban Merotai masih lagi menggunakan bahasa Iban yang asli dalam pertuturan seharian. Dari segi kepercayaan juga, 90% daripada kaum Iban Merotai beragama Kristian dan 10% lagi beragama Islam.

Walaupun kaum Iban Merotai tidak diklasifikasikan secara khas di Sabah dan masih lagi diklasifikasikan sebagai kaum Iban namun telah mendapat pengiktirafan sebagai penduduk Bumiputera Sabah. Kadang-kadang pengklasikasian kaum Iban Merotai kedalam kaum Iban, telah menyebabkan kekeliruan pelbagai pihak yang mengkatogorikan mereka sebagai Bumiputera Sarawak sedangkan mereka sebenarnya Bumiputera Sabah yang berasal dari Sabah. Dari segi hak-hak pribumi Sabah juga, sering timbul kekeliruan apabila mereka dikategorikan sebagai kaum Iban yang lebih sinonim di Sarawak, sedangkan mereka berstatus Bumiputera Sabah. Adalah perlu mengklasifikasikan kaum Iban Merotai yang sinonim dengan Bumiputera Sabah, agar dapat dibezakan dengan kaum induknya iaitu kaum Iban yang sinonim dengan Bumiputera Sarawak.[4]

Rujukan

WikiPedia: Iban_Merotai //scholar.google.com/scholar?q=%22Iban+Merotai%22 //www.google.com/search?&q=%22Iban+Merotai%22+site... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Iban+... //www.google.com/search?q=%22Iban+Merotai%22&tbm=n... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Iban+Merota... http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul... http://www.fss.unimas.my/index.php?option=com_cont... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://gnmawar.wordpress.com/jerita-lama/iban-mig... https://www.jstage.jst.go.jp/article/hgs/86/1/86_1...